Tuesday, November 30, 2010

We Are One = D317 + D318 + (Sorry kak emy tatau nombor bilik).

Sepanjang kami berada di UM terutamanya di Kolej Kediaman ASTAR yang begitu indah dan permai dan suka 'clamp' kereta orang ini(oops sorry),ada lima orang Senior fakulti kami yang begitu rapat dengan kami.Permulaan persahabatan yang begitu indah sekali.Chuweehh.ahaha.Asal jiwang nie.Okay sekarang kita serius.Lima-lima senior kami sekarang nie pelajar tahun ketiga.Kelima lima mereka adalah Mr AZZAIRI ROSLE,Mr SHARK IRIN,Mr SAIFUL RAZALI,Mr YANNICK NOAH dan Miss EMILYN ROSLAN.

Mereka berlima ini mempunyai personaliti dan minat masing-masing.
Yang pertama,Mr AZZAIRI ROSLE.Saudara kita yang seorang ini mempunyai aura ahli politik yang begitu 'manTOP' sekali.Seorang yang meminati isu politik dan isu semasa.Seorang yang pandai berkata-kata(malahan beliau memasuki pertandingan debat peringkat universiti).Sering membawa kami ronda kawasan Kuala Lumpur dan Shah Alam menggunakan kereta Proton Satria biru berplat nombor PFA 7512.
Mr AZZAIRI ROSLE bekerja di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya.Sekiranya beliau ingin makan,beliau akan menghubungi salah satu daripada 5 orang dalam D317 untuk ajak keluar makan.(Terima kasih bawak kitaorg mkn kat byk tempat leng)

Sekarang kita beralih kepada 'senior' kita yang kedua iaitu Mr SHARK IRIN.Senior kami yang seorang ini sangat meminati dunia permotoran terutama sekali motorsikal.Beliau memiliki sebuah motosikal YAMAHA R1 berwarna biru.Beliau meminati MotoGP.Sekiranya dia memasuki layar sesawang  YOUTUBE video yang akan beliau tonton mestilah sama ada mengenai motor,skil bolasepak ataupun mengenai ragbi.Yang menariknya mengenai senior kami yang seorang ini ialah dia sangat meminati filem HINDUSTAN dan TAMIL.hehe.(Shark jom kita pergi KLIMS jumaat nie..tp lambat sikit..ahaha.)Beliau juga seperti Mr AZZAIRI ROSLE akan membawa kami jalan menaiki Perodua Kembaranya yang berwarna hijau.hehe.

Senior yang ketiga ialah Mr SAIFUL RAZALI.Senior yang ini pula dari kursus ALAM BINA.Yang ini pula apabila kami masuk bilik D318 beliau akan sentiasa berada di hadapan komputer ribanya.Sangat meminati PERMAINAN VIDEO.Untuk permainan video di internet,beliau akan melayari flonga.com.(terima kasih epol perkenalkan laman web nie,).Selain itu bilik kami akan bergabung tenaga dengan bilik D318 untuk bermain 'COUNTERSTRIKE CONDITION ZERO'.Pelbagai taktikal digunakan untuk memenangi setiap pusingan itu dan semestinya editor anda ini memang 'flop' la dalam 'game-game' ini.hehe.
Kerjasama padu antara Rambo dan SHIT.(Shark dan Epol).

Senior yang keempat ialah Mr YANNICK NOAH.Senior yang ini kadangkala akan lepak kat bilik kami sebab beliau tinggal di luar kampus.Jadi,lepas 'WORKOUT' dekat gim,beliau akan datang lepak kat bilik D317.Senior yang ini mempunyai pelbagai 'TRADEMARK' yang tersendiri.You're the man Yannick.Pada minggu orientasi di Fakulti,beliau memperkenalkan dirinya sebagai 'NICK'.Masa itu pula dia ber'speaking' dengan kami.Kami pun buat tanggapan yang beliau ini pelajar luar negara.(sorry Ya Ya Ya Yannick mana la aku nak tau masa tu kan.aku naif kot masa tu.ahaha.)

Yang terakhir sekali ialah Miss EMILYN ROSLAN.Senior kami yang ini merupakan 'Girlfriend' kepada Mr SHARK IRIN.Selalu juga kami melepak dengan beliau di fakulti malahan di kolej.Pertama kali editor berjumpa dengan beliau ialah ketika minggu orientasi fakulti dimana beliau bertindak sebagai senior yang men'distribute' jualan T-Shirt 'MOCK TRIAL'


Disini kami sisipkan gambar senior-senior kami(epol dan kak emy kitaorg tade gambar la.sorry).Disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 5 senior ini kerana banyak memberi tunjuk ajar,bergurau senda dan sebagainya sepanjang kami berada di UM ini.(Nanti da baca blog ni jangan marah lak.hehe.Ini sebagai 'appreciation' kitaorg kat korg.Tolong follow blog kitaorg gak.jangan lupa.haha.)
Juga tidak lupa kepada senior senior lain yang berada di FAKULTI UNDANG-UNDANG.Ramai senior dari 2ND YEAR,3RD YEAR dan FINAL YEAR yang sering membantu kami.Tidak lupa juga kepada buddy-buddy saya Mr RAHIM WAN JAMALUDDIN,Miss YASMIN MOHAMAD Mr AZIM VAN PERSIE dan Mr MOHD KHUWARIZMI yang banyak membantu editor sepanjang berada di fakulti undang-undang ini.Ribuan terima kasih kerana membantu kami memberi sinar untuk kami lalui sepanjang menjalani jalan yang berliku di Universiti Malaya ini.

Sekian sahaja dari editor anda untuk hari ini,
ARAI AZHAR.

SHARK IRIN dan ARAI AZHAR

SHARK IRIN dan YANNICK NOAH

AZZAIRI ROSLE

1 comment: