Friday, December 3, 2010

The real D317 (Parental Advisory Needed)

Post ini mungkin mengandungi gambar-gambar keterlaluan hingga boleh menyebabkan gelak Besar, terkencing, sesak nafas lalu arwah enam kaki ke bawah tanah.

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah pernafasan ketika gelak, anda amat digalakkan supaya meninggalkan blog ini dengan serta-merta supaya rakan sebelah anda boleh tidur dengan aman.

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kencing tak lawas, segugut atau sembelit, sila jadikan post ini sebagai HOMEPAGE nescaya penyakit anda akan reda.

Lihat pada langsir tingkap

Gambar ini menunjukkan betapa dahsyatnya D317 yang hanya mempunyai 3 katil tetapi 5 orang boleh tidur sekali. Acap kali juga lebih 5 orang akan tidur di sini. Dahsyat tak? Ini baru sikit, belum lagi cerita yang lagi dahsyat.

Mangsa yang terkene gas.

Di bilik kami terdapat satu gas merbahaya di mana sesiapa yang masuk bilik ini akan rasa mengantuk lalu baring di atas katil lalu tidur minima 2 jam. Itu minima belum lagi maksima. Maksima hingga boleh tidur bilik ini sampai tak balik bilik sendiri, mangsa gas ini adalah Hazwan dan S.A.

Stalkers sedang mencari mangsa mereka.




Di bilik ini jugalah menjadi tempat-tempat stalker melihat Facebook, Youtube page mangsa-mangsa mereka. Mereka akan log in lepas itu, tengok wall post, atau photo lepas itu akan gelak, me'hanjeng lepas itu bergossip pasal mereka. Berhati-hati, anda mungkin mangsa seterusnya.

Daripada bukti-bukti ini, anda mungkin dapat mengenali betapa dahsyatnya D317. Tapi kami ini tidaklah jahat sangat, kami bukan FreeMason. Kami cuma manusia yang tak dapat lari dari godaan gossip-gossip hangat.

Tunggu kedatangan post baru kami yang lebih keji dari ini...
Cuma tunggu...

No comments:

Post a Comment